KUALA LUMPUR 3 April – Program Sekolah Politik 2.0 telah memasuki sesi ke-5. Sesi kali ini menampilkan seorang ahli panel yang berpengalaman dalam bidang pengajian polisi, iaitu Sdr. Muhammad Ariff Asyrul Adnan. Beliau merupakan pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Raub dan juga merupakan Felo NARATIF.
‘Demokrasi dan Populisme’ menjadi topik perbincangan dengan beberapa pencerahan dirungkai sepanjang sesi. Antaranya adalah karakteristik populisme, definisi demokrasi dan polulisme, wacana demokrasi dan polulisme di Malaysia dan banyak lagi.
Sesi yang melibatkan seramai 180 orang peserta ini dikendalikan oleh moderator, Sdr. Abdul Akif Rahim melalui platform Zoom Meeting. Program ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaya (UMcedel) serta disokong oleh REFORM, DNI dan Sinar.