MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sejuta tandatangan belia dikumpul bantah perhimpunan haram

 

204

KUALA LUMPUR 22 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) bercadang mengumpul sejuta tandatangan daripada kalangan belia bagi membantah rancangan mengadakan perhimpunan haram oleh kumpulan pengacau di ibu negara, Sabah dan Sarawak pada 9 Julai ini.

Presidennya Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, tandatangan itu akan dikemukakan kepada pihak penganjur perhimpunan terbabit bagi membuktikan perhimpunan itu bertentangan dengan kehendak masyarakat.

“Kita akan kumpulkan tandatangan ini serta-merta. MBM mewakili lebih 3.9 juta belia yang berdaftar di bawah lebih 7,000 pertubuhan belia seluruh negara.

Tandatangan itu kemudian akan diserahkan kepada penganjur (perhimpunan) sebelum tarikh perhimpunan, bagi menggesa perhimpunan itu dibatalkan.

“Semalam, pihak kami juga telah menghantar surat rasmi kepada Datuk Ambiga Sreenevasan (penganjur perhimpunan) bagi menyatakan pandangan kami,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. – Bernama

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »