MAJLIS BELIA MALAYSIA

Segmen Sukarelawan @ Sambutan 7 Dekad MBM

Bangi 23 Jul – Himpunan Sukarelawan Komuniti Kenderaan Bermotor Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Komuniti Kenderaan Bermotor di bawah Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MYVOC) telah mengadakan Himpunan Sukarelawan Komunti Kenderaan Bermotor sempena sambutan 7 dekad Majlis Belia Malaysia di Bangi Avenue Convention Centre, Bangi pada 22 Julai 2018.

Program bermula seawal jam 9.00 pagi apabila semua komuniti berkumpul dan bersuai kenal serta bersama-sama menyertai aktiviti-aktiviti yang berlansung di sekitar sambutan 7 dekad MBM. Sebanyak 8 komuniti yang telah mengambil bahagian dimana ia terdiri daripada 4 komuniti motorsikal iaitu Batman, Komuniti Bikers Selangor, Komuniti Motorcross Selangor, Dar Al Shop dan 4 lagi daripada komuniti kereta iaitu MAOC, PROSBOC, VMC dan M4WDA.

Peserta kemudiannya dilepaskan oleh YB Shahbudin Hashim, Pengerusi Tetap MBM pada jam 2.30 petang bagi melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat di 4 buah kampong berhampiran iaitu Kampung Rinching Hilir, Kampung Batu 5, Kampung Sg Kembung Hulu dan Kampung Sg Kembung Hilir. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah penyempaian sumbangan, gotong royong membersihkan kubur dan surau, mengecat bumper jalan dan lain lain lagi.

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »