MAJLIS BELIA MALAYSIA

Segerakan Pembentangan Rang Undang-Undang Gangguan Seksual

Majlis Belia Malaysia (MBM) berasa bimbang akan keselamatan pelajar dan mahasiswa di kampus berikutan pendedahan oleh beberapa pelajar dan mahasiswa akan gangguan seksual yang berlaku di sekolah dan kampus.

Sekolah dan kampus sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk menimba ilmu dan tidak sepatutnya dicemari dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan nilai ilmu dan hikmah.

Namun terdapat segelintir kecil warga pendidik yang terlibat dengan kesalahan tingkahlaku tersebut sehingga mencemarkan nama baik profesion yang mulia ini.

Selaras dengan semangat Rukunegara, MBM suka mempertegaskan bahawa tenaga pengajar adalah bertanggungjawab untuk mendidik anak murid menjadi insan yang beradab dan warganegara yang berguna dan bukannya mengeksploitasi dan merosakkan mereka.

Tindakan yang menjijikan tersebut wajar dikutuk dan diberikan hukuman setimpal.

Justeru MBM menggesa pihak Kerajaan agar dapat menyegerakan pembentangan Rang Undang-Undang Gangguan Seksual di Parlimen.

Pihak sekolah dan universiti seharusnya menyediakan platform atau garis panduan bagi menangani gangguan seksual di sekolah dan kampus bagi membolehkan para pelajar dan mahasiswa melaporkan sebarang salah laku berkaitan gangguan dan eksploitasi seksual.

Kempen kesedaran terhadap gangguan Seksual di sekolah dan kampus juga perlu diperkasakan bagi memupuk kesedaran warga sekolah dan kampus terhadap isu ini.

JUFITRI JOHA

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 21 Jun 2021

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »