KENYATAAN AKHBAR
SDR. MOHD ZAIDI AZIZ
SETIAUSAHA AGUNG MAJLIS BELIA MALAYSIA
“SAYEMBARA PENULISAN DALAM TALIAN”
SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2011
Sempena sambutan Hari Belia Negara 2011, Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan Sayembara Penulisan dalam Talian.
Sayembara yang terdiri daripada lima kategori iaitu kuiz, cerpen, puisi, esei dan pantun ini akan berlangsung bermula pada 1 April 2011 hingga 16 Mei 2011.
Sehubungan itu, MBM mempelawa sahabat belia sekalian menyertai sayembara ini melalui laman web www.sayembara.net dan www.belia2011.org.
Selain menyemarakkan sambutan Hari Belia Negara 2011, MBM juga berharap melalui sayembara ini akan muncul bakat-bakat baru dalam bidang penulisan kreatif dikalangan belia Malaysia. Selain itu juga, sayembara penulisan dalam talian ini diharap dapat menghasilkan karya-karya baru yang berupaya mengangkat imej dan martabat belia dalam kalangan masyarakat.
Insya-Allah, sebahagian daripada karya yang menang dan terpilih akan dibukukan pada masa akan datang sebagai khazanah ilmu dan panduan kepada golongan belia.
Sekian, terima kasih.
Mohd Zaidi Aziz
Setiausaha Agung
Majlis Belia Malaysia