KUALA LUMPUR 22 NOVEMBER 2019 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan sesi sembang santai dan terapi minda bersama adik-adik dari Asrama Bahagia di Taman Tasik Permaisuri di sini.
Mereka berhak mendapat terapi minda setelah memberi komitmen dalam program pemulihan yang berlangsung selama 2 bulan. 14 orang pelatih kesemuanya, setiap daripada mereka mempunyai kisah sendiri dan telah melalui sesuatu yang mengubah hidup mereka. Semoga Allah memberkati dan melindungi mereka untuk menghadapi dunia yang mencabar di luar sana.
Untuk rekod, Asrama Bahagia adalah tempat tahanan dan rehat sementara untuk kanak-kanak perempuan berusia 10 hinnga 18 tahun yang bertentangan dengan undang-undang atau dianggap tidak terkawal oleh ibu bapa / penjaga mereka.
Program ini dikendalikan oleh petugas-petugas dari Sekretariat Majlis Belia Malaysia.
