MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sambutan Ulang Tahun ke-22 GRADUAN dan Majlis Serah Tugas Kepimpinan Baharu sesi 2021-2024

KUALA LUMPUR 21 Mei – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abd Hamid telah menghadiri Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun ke-22 Persatuan Graduan Muda Malaysia (GRADUAN) dan Majlis Serah Tugas Barisan Kepimpinan sesi 2021-2024 bertempat di Dewan Chuai Heng, Jalan Imbi.

Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat YB Dato Sri Tiong King Sing, Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China dan H.E Ouyang Yujing, Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia.

Majlis menyaksikan iaitu Sdr. Alvin Yap Chee Wah dilantik sebagai Presiden Graduan yang baharu. Terima kasih kepada Sdr. Lee Seang Hock dan barisan kepimpinan sesi sebelumnya.

Graduan merupakan rakan kolaborasi MBM yang keahliannya terdiri daripada pemimpin NGO belia, ahli perniagaan, media dan wakil universiti bermatlamat membina Malaysia yang lebih baik. Semoga Graduan terus maju.

Turut sama hadir Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Naib Presiden MBM, Sdri. Ruby Chow Heng Yee.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »