RAUB 6 Februari – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Presiden Majlis Belia Negeri Pahang, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid dan Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun telah menghadiri Sambutan Tahun Baru Cina bersama Kanak-kanak Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Harapan Raub bersama Pemuda Zong Xiang Qin Malaysia di Kg Baru Sempalit, Raub, Pahang.
Program ini melibatkan kehadiran Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato’ Sri Ti Lian Ker.
YB Timbalan Menteri dalam ucapannya berkata pentingnya pergerakan belia membantu komuntiti setempat dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti dalam komuniti.
Program ini anjuran Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Harapan Raub dengan kerjasama Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia.
Hadir sama wakil Dewan Tertinggi MBM, Sdr. Wong yang merupakan Setiausaha Persatuan Belia Xiang Lian.