MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sambutan HBN Pahang serta Permasyhuran Penaung Diraja dan Pelancaran Logo 50 Tahun MBN Pahang

KUANTAN 27 Nov – Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pahang serta Majlis Permasyhuran Penaung Diraja dan Pelancaran Logo 50 Tahun Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) telah disempurnakan oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Turut mengiringi YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail Menteri Besar Pahang, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Haji Johari Haji Hussain Exco Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang serta dif-dif kehormat yang lain.

Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili oleh Sdr. Muhammad Fadzli Hasan Timbalan Presiden MBM.

Menjunjung Kasih Tuanku!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »