KUALA LUMPUR 13 Nov – Majlis Sambutan Hari Belia Negara (HBN) dan Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2021 telah diadakan pada 13 November 2021 di Hotel Seri Pacific secara sederhana dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Negeri di Fasa 4.
Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas , Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Kementerian Wilayah Persekutuan disaksikan oleh Encik Asmori Shaari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sdr. Mohamed Naseer Mohamed, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP).
Dalam program ini, Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) turut menyampaikan Anugerah Khas kepada individu, mantan kepimpinan dan juga Badan Gabungan MBWP sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan bakti kepada pembangunan belia Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan.
Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM. Semoga terus memberikan yang terbaik untuk Pembangungan Belia Bandar.