MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sambutan Hari Belia peringkat negeri di Pantai Puteri

MELAKA 17 Mei 2012 – Kira-kira 3,000 belia di negeri ini dijangka memeriahkan sambutan Hari Belia Negara 2012 peringkat negeri yang bakal diadakan di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini pada 18 dan 20 Mei ini.

Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Zali Mat Yasin berkata, pelancaran sambutan itu akan disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada pukul 7.30 pagi 19 Mei ini serentak dengan majlis pelancaran Karnival Mesra Belia.

Menurut beliau, pelbagai aktiviti menarik sedia menanti belia pada karnival dua hari itu termasuk acara pertandingan.

“MGBM berharap semua golongan belia dari pelbagai peringkat dan bangsa dapat hadir memeriahkan sambutan Hari Belia peringkat negeri pada 18 hingga 20 Mei ini,” katanya.

Antara acara yang akan diadakan ialah pertandingan fotografi, senambrobik, larian 1Malaysia, pertandingan lagu dakwah, bola sepak pantai, forum perdana, pertandingan karaoke, BMX gaya bebas, sukan rakyat dan pameran kereta.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »