KUANTAN 13 Mei 3011 – Seramai 10,000 belia seluruh negeri dijangka hadir memeriahkan sambutan Hari Belia Negara di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 2 bermula hari ini.
Pengarahnya, Tuan Abdul Rahim Tuan Bahru, berkata, bagi menarik minat golongan tersebut terlibat secara aktif dalam bidang sukan, pelbagai acara menarik diaturkan sepanjang tiga hari program tersebut berlangsung.
“Antara aktiviti yang diadakan adalah futsal, senam cergas, skuba wanita, kursus rekreasi, kayak, sukan permotoran dan sukan tradisional yang diadakan di setiap daerah masing-masing.
“Saya harap belia di Pahang melibatkan diri dalam aktiviti yang kami anjurkan bagi merapatkan hubungan sesama masyarakat dan juga menghindari golongan ini dari melakukan aktiviti yang tidak sihat,” katanya di sini baru-baru ini.