MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR 29 September – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Exco MBM, Sdr. Syed Osman Mohamed dan Sdri. Ng Chor Eng telah menghadiri Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Wan Ahmad Uzir Hj. Wan Sulaiman, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan. Majlis diadakan bagi merai dan memberikan pengiktirafan kepada para belia yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan belia dan negara khususnya di Wilayah Persekutuan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »