MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sambutan Hari Belia dan pengurniaan APBN 2022 Negeri Pahang

KUANTAN 17 Julai – Majlis Sambutan Hari Belia Negara dan Pengurniaan Anugerah Perdana Belia Negara 2022 Peringkat Negeri Pahang telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Zenith di sini.

Majlis diserikan dengan kehadiran KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis ini dan mengurniakan Anugerah Belia Negara peringkat Negeri Pahang.

Baginda diiringi Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan NGO Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain, Presiden Majlis Belia Negeri Pahang merangkap Presiden Majlis Belia Malaysia, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dan Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad.

Tahniah kepada penerima anugerah dan belia Pahang!

Berita penuh :

https://www.jbsn.gov.my/…/samuel-isaiah-terima-anugerah…

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »