MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sambutan Hari ASEAN ke-55

PUCHONG 8 Ogos – Sdr. Mohamad Khairul Azman Abdul Azeez, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Sambutan Hari ASEAN ke-55 yang diadakan di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di Pulau Meranti.

Program tersebut dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri.

Sambutan diadakan bertujuan mengetengahkan usaha bantuan kemanusiaan yang dijalankan oleh Malaysia di peringkat serantau. Ianya juga bertujuan menzahirkan hubungan akrab dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN dan rakan dialog untuk mengurus dan mengendalikan bencana serta memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan di zon konflik, dalam semangat kemanusiaan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »