MAJLIS BELIA MALAYSIA

Salam Anak Muda Perdana

Kuala Lumpur 11 April – Salam Anak Muda Perdana dan Penyerahan Bantuan Program Sukan Belia Negaraku berlangsung dengan jayanya di Sunway Putra Hotel pada pukul 3.00 petang hingga 6.00 petang.

Program ini dapat menghimpunan pimpinan belia dari peringkat negeri dan daerah bagi menyatukan ukhwah dan silatulrahim disamping dapat kenal antara satu sama lain.

Dalam pada itu berlangsung ucapan aluan oleh Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaluddin Presiden MBM dan penyerahan bantuan program sukan belia Negaraku kepada kesemua badan-badan gabungan MBM dari peringkat negeri hingga ke peringkat daerah.

Turut hadir Dr. Mohd Ghani Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia Dan Sukan Negara Kementerian Belia Dan Sukan, Pengerusi Tetap MBM Sdr. Mohd Syahbuddin Hashim, Naib Presiden MBM Sdr. Jufitri Joha, Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Penolong Setiausaha Agung MBM Sdr. Hasnul Fairuz Husin Amri, Bendahari Kehormat MBM Sdr. Karnan a/l Pandurangan, Penolong Bendahari Kehormat MBM Sdr. Ahmad Daniar Ismail dan barisan Exco-Exco MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »