MAJLIS BELIA MALAYSIA

RuM salur bantuan kepada masyarakat Kelantan

TUMPAT 8 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama rakan strategik telah mengadakan Mobilisasi Bantuan Relawan Untuk Malaysia di Negeri Kelantan. Hadir melancarkan sesi penyerahan bantuan, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, EXCO Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan. Bantuan diberikan dikawasan Pengkalan Kubur, Tumpat.

Turut serta Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco MBM merangkap Penyelaras Relawan MBM, Sdr. Nazrin Faiz, Presiden Alumni Parlimen Belia Malaysia, Sdr. Muhamad Hanapi Jamaluddin, Felo Penyelidik MBM dan Sdr. Hafizul Nizam Abdullah, Yang Dipertua Majlis Belia Kelantan.

Sejumlah 200 pek makanan dan 5 buah kerusi roda disampaikan kepada masyarakat di negeri Kelantan.

Mobilisasi ini dilaksanakan mengikut SOP yang keluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta menapat kerjasama dari Majlis Belia Kelantan, Alumni Parlimen Belia Malaysia, Global Peace Mission (GPM) Malaysia (GPM), Malaysia Outreach Volunteer Experiences (MOVE), Yayasan Ammirul Ummah, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Projek57, 1Moment4Them, Pertubuhan Kerapatan Graduan Muda (KAGUM), Geng Tolong Orang (GTO) Kelantan, Gabungan NGO Hadapan Kelantan (GOHEK), Empayar 58 Resources,Kelab Belia Wakaf Zain, Skuad Anak Muda Datang, Youth Care Malaysia Kelantan, KSJ Resources, United Nation World Peace Organization (UNWPA Malaysia), Persatuan Serumpun Lestari Negeri Kelantan, Koperasi Ummah Kelantan, Bakti Kasih dan Briged Bakti.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »