PUTRAJAYA 30 Oktober – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah menghadiri RTD Kluster Penyelidikan Undang-Undang, Syariah Serta Tadbir Urus Dakwah anjuran Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM).
Program tersebut dihadiri oleh wakil-wakil NGO, Ahli Parlimen Belia Malaysia (APBM) dan Mahasiswa daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT). Antara perkara yang dibincangkan adalah aspek perundangan islam di Malaysia yang perlu dipertingkatkan bagi memastikan agama islam dapat dipelihara dan difahami dengan baik.