Miskin Bandar dari sudut pandang MBM ialah sebagai:
(a) golongan yang tidak mempunyai keupayaan pendapatan.
(b) golongan yang tidak mempunyai kesampaian kepada sumber-sumber kuasa sosial seperti kuasa bersuara, kuasa politik, pemilikan punca-punca pengeluaran, pendidikan dan sebagainya.
(c) golongan yang tidak menikmati keperluan asas seperti perlindungan, perumaahan, pendidikan asas, kesihatan, pekerjaan dan sebagainya yang mencukupi mengikut ukuran hidup sesebuah masyarakat.
Konsep keperluan asasi haruslah haruslah mengandungi dua unsur penting;
(1) Keperluan minimum isirumah yang biasanya diperolehi melalui perbelanjaan penggunaan seperti makanan, pakaian dan keperluan rumahtangga yang lain,
(2) Perkhidmatan penting seperti bekalan air, elektrik, pengangkutan awam, kesihatan, pendidikan dan lain-lain.
Kemiskinan bandar boleh dilihat sebagai fenomena yang melibatkan pelbagai dimensi dan tidak hanya dari sudut pendapatan atau kewangan, tetapi pandngan di bawah juga perlu di lihat secara holistik:
(i) Kurang akses untuk mendapatkan pinjaman bagi menjalankan aktiviti ekonomi
(ii) Kurang peluang pekerjaan dan kesukaran mendapat kerja dan pendapatan tetap
(iii) Tahap pendidikan dan kesihatan yang rendah
(iv) Tidak mampu memiliki/membeli rumah
(v) Kemudahan untuk rekreasi dan hidup bermasyarakat yang rendah
(vi) Keadaan persekitaran hidup yang tidak sihat dan kualiti kemudahan asas/awam yang rendah
MBM juga melihat Miskin Bandar tidak boleh di lihat dan di atasi sebagi isu terpencil. Ia harus mengambil kira dimensi ekonomi, emosi, psikologi, budaya, pendidikan, serta motovasi. Masalah sosial seperti ketagihan alkohol, keganasan domestik serta samseng adalah manifestasi kemiskinan.
Catatan: Tulisan ini adalah rumusan awal hari kedua Sidang Meja Bulat: Kemiskinan & Salahlaku Belia Bandar (15-18 Tahun). Rumusan lengkap akan di kongsi selepas berakhirnya 3 hari sidang ini nanti.
PENERANGAN MBM