MAJLIS BELIA MALAYSIA

ROY anjur Kursus Pengurusan Berkesan Pertubuhan Belia Peringkat Kebangsaan 2025

KUALA LUMPUR 4 Mei  – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi telah hadir merasmikan penutup Kursus Pengurusan Berkesan Pertubuhan Belia Peringkat Kebangsaan 2025 bertempat di Hotel Eastin Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, beliau menitipkan beberapa pesanan penting untuk dibawa pulang ke persatuan masing-masing khususnya bagi mempersiapkan pertubuhan belia dalam menghadapi badai besar menjelang 1 Januari 2026 apabila Akta 668 [Pindaan] transisi had umur belia dikuatkuasakan.

Program berlangsung 2 hari ini disertai seramai 106 orang peserta dari kalangan pemegang jawatan pertubuhan belia Induk kebangsaan, kelab tunggal, majlis belia negeri, majlis belia daerah, kelab Rakan Muda dan Sekretariat Rakan Muda yang berumur bawah 30 tahun.

Turut hadir Encik Shamsul Musa, Timbalan Pendaftar Pertubuhan Belia, Encik Zul Fadhli, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WPKL serta beberapa pimpinan belia dari gabungan MBM.

Terima kasih kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) atas inisiatif ini dan semua yang terlibat menjayakan program ini.

Antara pengisian dalam program ini ialah Taklimat Malaysia Madani dari Akademi Kenegaraan Malaysia; Intergriti Dalam Pertubuhan Belia dari Institut Integriti Malaysia; Dana Bantuan Aktiviti / Program dari JBSN; Penyediaan MYKD, Star Rating dan Simulasi Pengendalian mesyuarat dan penyediaan minit mesyuarat oleh ROY.

Kredit gambar : Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »