MAJLIS BELIA MALAYSIA

ROUNDTABLE DISCUSSION (RTD) BAGI PENYELARASAN FUNGSI BIDANG DI BAWAH KLUSTER KEPIMPINAN i-LEAD

BANGI 14 Oktober – Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Muhammad Fadzli Hasan telah menghadiri RTD penyelarasan fungsi bidang di bawah kluster kepimpinan i-LEAD bertempat di Institut Semarak Felda di sini.

Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) bertanggungjawab merangka dan melaksana program kepimpinan berdasarkan tiga bidang iaitu; Kepimpinan, Bina Insan dan Tadbir Urus Pertubuhan.

RTD ini bertujuan mendapatkan input berkaitan hala tuju, fokus, isu dan cabaran berkaitan latihan kepimpinan selain sokongan dan kerjasama dari rakan strategik bagi melaksanakan program latihan kepimpinan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »