KUALA LUMPUR 29 Mei – Program berlangsung di Wisma MBM ini merupakan inisiatif Majlis Belia Malaysia (MBM) bertujuan mendapatkan idea dan pandangan belia bagi membantu kerajaan menyediakan belanjawan terbaik kepada golongan belia dan pertubuhan belia.
Kesemua dapatan perbincangan ini akan diperhalusi dan dipanjangkan kepada Kerajaan melalui Kementerian Kewangan dengan mengambilkira semua aspek keperluan belia dalam merangka Belanjawan 2020.
Untuk rekod, MBM tidak pernah gagal menghantar maklum balas, idea dan pandangan dalam Majlis Konsultasi Bajet.
Sesi ini dipengerusikan oleh Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha bersama panelis undangan Profesor Dr. Mohd Fauzi Mohd Jani, Pakar Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Program ini dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Kerja MBM, Dewan Tertinggi, Presiden Federasi Kebangsaan Pekerja Belia; Sdr. Ahmad Saparudin, Sdr. Wan Mohd Firdaus, Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), wakil-wakil badan gabungan MBM, Persatuan Belia OKU (SOKU) dan Persatuan Belia Orang Asli.