MAJLIS BELIA MALAYSIA

RM 7 Juta untuk MBM, Pergiatkan Program Rakan Muda

Kuala Lumpur | 13 Februari – Kepimpinan baharu MBM, diketuai oleh Presidennya, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YB Hannah Yeoh ; Menteri Belia dan Sukan di Parlimen Malaysia.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu bersama pegawai kanan KBS.

Dalam pertemuan hampir dua jam, MBM dan KBS sepakat memperkasakan belia secara inklusif melalui program belia ASEAN, perang terhadap dadah, penyelarasan sukarelawan Rakan Prihatin, Kempen 4 Nilai, serta program perpaduan Ramadan. Isu transisi had umur belia turut dibincangkan.

Sebagai komitmen, KBS meluluskan RM5 juta untuk pentadbiran pertubuhan belia dan RM2 juta bagi Program Rakan Muda. MBM akan terus menggerakkan inisiatif pembangunan belia secara berimpak tinggi.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »