MAJLIS BELIA MALAYSIA

Ribuan Penyokong Sukan Tanah Air Menyambut Kepulangan Wira-Wirawati Olimpik Negara 2016

KLIA 24 Ogos  – Sukan Olimpik 2016 yang berlangsung di Rio De Janeiro, Brazil baru sahaja melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Kontigen Negara yang diketuai oleh Chef De-Mission ,Tan Sri Mohamed Al-Amin yang mempamerkan persembahan yang begitu cemerlang walaupun pingat emas pertama yang diidamkan masih gagal digapai. Dengan pencapaian 4 pingat Perak dan 1 pingat Gangsa, sudah jelas menunjukkan bahawa temasya Olimpik 2016 ini merupakan pencapaian Kontinjen Malaysia dalam sejarah penyertaan Sukan Olimpik

Menghargai jasa dan perjuangan atlet-atlet Malaysia yang telah memerah keringat dan tenaga, satu upacara menyambut kepulangan Wira-Wirawati Negara telah diadakan di Kompleks Bunga Raya KLIA. Upacara yang dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak, Yang Amat Berbahagia, Datin Seri Rosmah Mansor, barisan ahli kabinet kerajaan, Setiausaha Agung MBM  Sdr. Ahmad Saparudin Yusup serta ribuan penyokong sukan tanah air yang hadir untuk menyambut dan meraikan atlet-atlet Negara yang telah beraksi cemerlang di edisi Sukan Olimpik kali ini.

Kapal Terbang yang membawa Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin dan kontinjen Malaysia selamat mendarat kira-kira pukul 3 Petang. Ketibaan mereka di Dewan Kompleks Bunga Raya KLIA disambut dengan sorakan ‘Malaysia Boleh’ dan laungan semangat bagi menghargai usaha keras berjuang di tanah Rio De Janeiro, Brazil. Antara wira-wira Negara menaiki penerbangan bersama YB Khairy Jamaluddin ialah pemenang pingat perak perseorangan lelaki badminton, Datuk Lee Chong Wei, pasangan beregu muda lelaki yang mencipta kejutan layak ke peringkat akhir sukan Olimpik seterusnya memperoleh pingat Perak, Tan Wee Kiong dan Goh V Shen, Ratu Terjun Negara Pandelela Rinong bersama pasangannya Cheong Jun Hong. Turut bersama mereka ialah pasangan perak beregu campuran, Chang Peng Soon dan Goh Yiu Ling serta atlet-atlet lain yang berjuang dia Sukan Olimpik Rio 2016.

Majlis upacara menyambut kepulangan Wira-Wirawati Negara diteruskan dengan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengalungkan kembali medal-medal yang dimenangi oleh atlet di hadapan ribuan penyokong dan peminat yang membanjiri Kompleks Bunga Raya KLIA seawal 1 tengahari. Berdasarkan reaksi dan respons penyokong yang hadir, mereka amat berpuas hati dan begitu bersemangat untuk menyambut kepulangan wira-wira Negara sambil ingin berkongsi kegembiraan dan menunjukkan tahap sokongan yang tidak berbelah bagi kepada wira-wira yang telah mengharumkan nama Malaysia.

 

MBM_1175 MBM_1177 MBM_1180 MBM_1182 MBM_1183 MBM_1186 MBM_1197 MBM_1200 MBM_1203 MBM_1206 MBM_1209 MBM_1225 MBM_1226 MBM_1228 MBM_1230 MBM_1232 MBM_1236 MBM_1237 MBM_1238 MBM_1247 MBM_1250 MBM_1251 MBM_1257 MBM_1259 MBM_1272 MBM_1296 MBM_1335 MBM_1336 MBM_1338 MBM_1341 MBM_1343 MBM_1345 MBM_1347 MBM_1348 MBM_1353 MBM_1355 MBM_1356 MBM_1357 MBM_1360 MBM_1363 MBM_1392 MBM_1395 MBM_1402 MBM_1406

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »