Kuala Lumpur 20 Sept – Perlawanan Pilihan YB Syed Saddiq vs Dugong All Stars ini adalah sempena program Jelajah Belia Sayangi MalaysiaKu anjuran bersama Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Majlis Belia Malaysia dan Era FM dengan kerjasama Majlis Perbandaran Muar, Majlis Belia Daerah Muar dan disokong oleh Naza Group of Companies. Ia berlangsung pada 15 September 2018 di Stadium Sultan Ibrahim Muar, Johor yang bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang.
Ribuan penonton dan penyokong hadir memeriahkan perlawanan tersebut dengan diserikan lagi penampilan beberapa artis tempatan.
Perlawanan yang melibatkan Pilihan YB Syed Saddiq ini juga menampilkan pemain dari kalangan pimpinan MBM. Perlawanan berkesudahan seri dan Pilihan YB Syed Saddiq menang penalti dengan agregat 4-3.
Turut hadir memeriahkan perlawanan ini adalah Presiden MBM Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal, Timbalan Presiden MBM Sdr. Mohd Zaidi Aziz dan barisan pimpinan MBM.