VIETNAM 7 Januari – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Retreat Perancangan Strategik Ahli Jawatankuasa Kerja (Exco) MBM pada 4 hingga 7 Januari 2024 bertempat di Hotel Avanti, Ho Chi Minh.
Bengkel ini sebagai kerangka perancangan dan perbincangan gerak kerja oleh pimpinan MBM merencana program-program pembangunan belia bagi tahun 2024 agar selari dengan matlamat pihak Kementerian Belia dan Sukan mahupun kerajaan.
Program juga turut melibatkan sesi perkongsian bersama Mantan Timbalan Presiden MBM, Sdr. Mohd Zaidi Aziz dan Mantan Presiden MBM, Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee (dalam talian).
Pelbagai aktiviti latihan dalam kumpulan dan lawatan turut diadakan dalam bengkel ini.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan bengkel ini.
Nantikan program-program yang akan digerakkan oleh MBM dan jangan terlepas untuk menyertai kami.
JOM MASUK BELIA!