MAJLIS BELIA MALAYSIA

Retreat MBM : Perlu fokus dengan tugas – Presiden MBM

Bangkok 26 November – Retreat Kepimpinan Tertinggi Majlis Belia Malaysia telah berlangsung dengan jayanya di Eastin Grand Hotel Sathorn, Bangkok selama 2 hari bermula dari 26 hingga 27 November 2015 dengan kehadiran seramai  50 orang dari Dewan Tertinggi dan Exco MBM. Ucapan aluan oleh Presiden MBM Haji Mua’ammar Ghadafi Jamal Jamaluddin yang menekankan tentang perlunya fokus dengan tugas yang diberikan di samping jangan dilupakan tentang tanggungjawab sebagai pemimpin yang perlu dilaksanakan dengan baik. MBM dari segi kepimpinan telah mengadakan program MIB300 yang perlu dipertingkatkan dan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) yang disambut dengan baik cuma perlu dipastikan bahawa dapat membawa suara belia.

Empat kumpulan telah dibentuk bagi membincangkan beberapa topik yang relevan dengan pembangunana belia, antaranya;

-Imej

-Kepimpinan Dan Kesukarelaan

-Hari Belia Dan Konvensyen

-Advokasi Dan Pengantarabangsaan

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »