KUALA LUMPUR 17 Mei – Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Muhamad Fadzli Hasan telah menjadi responden secara dalam talian bersama Astro Awani membincangkan tajuk berkaitan ‘belia resah’.
Belia resah meliputi 5 kumpulan belia iaitu;
1) belia yang sedang bekerja namun khuatir berdepan risiko dibuang kerja;
2) belia yang berada di institut pengajian tinggi yang akan memasuki alam pekerjaan;
3) belia dalam peringkat awal keusahawanan terutamanya industri kecil dan sederhana yang tertekan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP);
4) belia yang terlibat di dalam ekonomi gig yang disifatkan berisiko kerana tiada perlindungan kesihatan sosial;
5) belia “NEET” yang tidak bekerja, tidak berpendidikan dan tiada kemahiran.
Antara inisiatif yang dan sedang dilaksanakan;
1) Inisiatif kerajaan melalui PENJANA – RM2bilion
2) Kolaborasi Rentas Kementerian (KRK) yang dipelopori oleh Menteri Belia dan Sukan melalui program SKIM PERANTISAN NASIONAL
3) myPRENEUR – KBS & PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
4) PROKENS – Majlis Belia Malaysia , HSBC Malaysia & Yayasan Peneraju
Belia sebagai pembuat dasar
1) Undi18 – laksana segera untuk PRU15
2) Kumpulan Penasihat Anak Muda kepada YABPM – on progress
3) MPBN – diperkasakan
4) FELO Perdana & FELO Koperat – diperkasakan
5) FELO NGO – melalui Skim Perantisan National