MAJLIS BELIA MALAYSIA

Resolusi Persidangan Meja Bulat Pelantikan Ahli Politik Ke Jawatan Utama di Dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government-linked Company (GLC))

Syarikat berkaitan kerajaan (Government-linked Company (GLC)) merupakan salah satu entiti penting dalam menjana pendapatan negara. Majlis Belia Malaysia (MBM) berpendapat bahawa pelantikan ahli politik di dalam jawatan utama GLC merupakan salah satu perkara yang dapat memberi kesan dalam usaha membanteras rasuah dan nepotism. Ini kerana terdapat kemungkinan
pelantikan ahli politik boleh dipengaruhi oleh pihak berkepentingan lalu menyebabkan konflik dalam syarikat. Selain itu, terdapat potensi penyalahgunaan kuasa oleh ahli politik yang telah dilantik ke dalam jawatan utama di dalam GLC tersebut.


Oleh itu, MBM telah mengadakan persidangan meja bulat pada 16 haribulan Februari bagi memahami isu berkaitan dan membincangkan kaedah bagi mengatasi masalah- masalah tersebut. Dengan ini, MBM ingin mencadangkan beberapa perkara seperti berikut.

  1. Kelayakan
    Ahli politik yang dilantik sebagai jawatan utama dalam GLC perlu mempunyai kelayakan dari
    segi latar belakang akademik, pengalaman, serta integriti. Di samping itu pelantikan ahli politik perlulah dapat menambah nilai (value-added) kepada GLC tersebut.
  2. Saringan
    Melaksanakan prosedur saringan yang ketat untuk pelantikan ahli politik antaranya seperti;

i. Saringan yang ketat oleh suatu jawatankuasa bebas yang dipantau Parlimen Malaysia dengan Kuasa-Kuasa Khas oleh Majlis Raja-raja Melayu selepas lantikan.


ii. Saringan jenayah oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM),


iii. Saringan muflis oleh Bank Negara Malaysia


iv. Saringan jawatankuasa khas yang terdiri dari ahli panel penilai yang mempunyai kredibiliti seperti bekas hakim negara dan bekas peguam negara.

3. Penilaian
Menilai prestasi lantikan ahli politik untuk meningkatkan keuntungan GLC sebagai kayu ukur bagi memperbaharui kontrak lantikan.

4. Kepakaran

Penekanan perlu diberikan kepada calon yang benar-benar mempunyai kepakaran dalam menguruskan GLC tersebut. Pelantikan ahli politik sebagai jawatan utama di dalam syarikat GLC adalah di bawah kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Kewangan dan.
Isu besar yang dikhuatiri ialah Pengerusi yang dilantik berasaskan kehendak politik, dan bukan kepakaran serta wibawanya.

5. Peranan
Peranan ahli lantikan perlu jelas melalui pemisahan peranan sebagai ahli dalam parti politik dan peranan dalam GLC. Ahli politik yang dilantik perlu jelas dengan misi utama lantikaniaitu mereka perlu memastikan syarikat yang mereka wakili haruslah mendapat keuntungan yang perlu dikembalikan kepada rakyat.

6. Objektif dan misi
Sebagai pemegang jawatan utama GLC, ahli lantikan perlu membentangkan pelan tindakan bagi mencapai objektif dan misi GLC.

Oleh: Nazmi Ashraf Bin Mohd Nazim
Pengerusi Persidangan Meja Bulat Bagi Pelantikan Ahli Politik Ke Jawatan Utama Di Dalam GLC

Majlis Belia Malaysia (MBM)
Bertarikh : 10 Mac 2021

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia
s.k :

YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican
Menteri Belia dan Sukan

YB Senator Wan Ahmad Fayhsal
Timbalan Menteri Belia dan Sukan

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »