Pada 6 Jun 2021, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan Forum #SekolahSelamat yang menghimpunkan para panelis daripada pelbagai bidang kepakaran.
Inisiatif ini digerakkan oleh Junior MBM dengan kerjasama Majlis Konsultasi Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM).
Antara resolusi utama yang dirangkumkan dalam program berkenaan adalah:
1.) Mewujudkan program pendidikan seks komprehensif untuk pelajar sekolah terutamanya pelajar di sekolah menengah;
2.) Memberikan latihan kepada semua guru mengenai cara menangani kes gangguan seksual di sekolah;
3.) Mewujudkan mekanisme selamat di sekolah untuk memudahkan pelajar melaporkan kes gangguan seksual dan buli kepada gurunya dengan tindakan yang tegas yang akan diambil terhadap pelaku.
Diharapkan agar dengan wujudnya kerjasama kolektif dan tekad berterusan oleh semua pihak dalam mewujudkan ekosistem sekolah yang selamat untuk para pelajar, guru dan semua pihak yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung.
MBM dan Junior MBM juga membuka pintu seluas-luasnya untuk semua anak muda yang berumur 15 tahun – 21 tahun dan ingin bergiat aktif dalam agenda pemerkasaan belia di sekolah untuk menyertai Junior MBM.
Hubungi Junior MBM di juniorbeliambm@gmail.com atau 012 8789287 (Emma).
Bertarikh : 15 Jun 2021