MAJLIS BELIA MALAYSIA

Relawan untuk Malaysia Salur Bantuan Kotak Makanan di Negeri Sembilan

Rembau | 15 Oktober – Relawan Untuk Malaysia yang dikoordinasikan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengagihkan bantuan kotak makanan di Rembau, Negeri Sembilan.

Sesi penyerahan telah disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan dan turut sama isteri beliau Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof yang telah bersama-sama dalam rombongan menyerahkan bantuan wang ringgit dan kotak makanan kepada keluarga yang memerlukan.

Hadir dalam program tersebut Sdr. Jufitri Joha Presiden MBM dan Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco MBM (Ketua Relawan Majlis Belia Malaysia). Majlis Belia Daerah Rembau (MBD) Rembau diwakili oleh Sdr. Abdul Rafi Abdul Murad, Pengerusi dan Muhammad Faries Faizal Shamsul, Exco.

Turut hadir Sdr. Mohd Nazrin Bin AzmiPembantu Pegawai Operasi Yayasan Kebajikan Muslim -Myfundaction, Sdr. Faizal Naib Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan dan wakil – wakil pegawai Masjid Kariah Pekan Pedas.

Sebanyak 300 kotak makanan telah di kumpulkan untuk diagihkan. Rakan kerjasama yang terlibat adalah Majlis Belia Negeri (MBN) Sembilan, MBD Rembau dan MyFund Action.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »