MAJLIS BELIA MALAYSIA

Relawan untuk Malaysia Salur Bantuan Kotak Makanan dan Bakul Ilmu di Perak

Perak | 12 September – Relawan untuk Malaysia yang dikoordinasikan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengagihkan bantuan kotak makanan dan bakul ilmu di Muaalim, Batang Padang, Ipoh, Taiping dan Larut Matang. Pelepasan Relawan untuk Malaysia Perak diadakan di Hotel Casuarina, Meru Ipoh dengan dilancarkan oleh YB Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Belia dan Sukan diiringi oleh YB Khairul Shahril Mohamed, Exco Belia Sukan Komunikasi Multimedia Negeri Perak.

Turut serta Sdr. Jufitri Joha Presiden MBM, Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco MBM (Jawatankuasa Kesukarelaan) dan rakan – rakan Exco MBM. Hadir sama Sdr. Aswannudin, Presiden Majlis Belia Negeri (MBN) Perak, Sdr. Mohamad Nazrin Faiz, Presiden Alumni Parlimen Belia Malaysia dan rakan-rakan belia dari seluruh Perak. Turut hadir Puan Sharifah Salwa binti Syed Abdul Rahman, Pegawai Perhubungan Awam MyFundAction.

Sebanyak 200 kotak makanan serta 60 beg buku bacaan diagihkan dan disampaikan kepada MBN Perak serta Majlis Belia Daerah (MBD) untuk diagihkan kepada keluarga yang memerlukan. Rakan kerjasama yang terlibat adalah Global Peace Mission (GPM) MalaysiaYayasan Kebajikan Muslim -Myfundaction, MyFund Action – Perak , Family Of Charity, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia , ADAB Youth Garage – AYG , Projek57 dan Yayasan Amirul Ummah.

Mungkin imej 7 orang dan orang berdiriMungkin imej 4 orang dan orang berdiriMungkin imej 4 orang dan orang berdiri

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »