MAJLIS BELIA MALAYSIA

Relawan Untuk Malaysia (RuM)

Latar Belakang

Gerakan #RelawanUntukMalaysia dilancarkan, rentas ideologi dan perbezaan untuk membolehkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Badan Korporat, Syarikat Keusahawanan Sosial, pertubuhan kemasyarakatan setempat dan individu unt bersama-sama dalam gelombang cakna kemasyarakatan untuk menyumbang tenaga dan berkongsi kepakaran serta memberikan sokongan kepada masyarakat yang memerlukan, khususnya yang terkesan akibat Pandemik COVID19.

Tujuan

Inisiatif ini dikelolakan oleh Majlis Belia Malaysia dan Alumni Pertubuhan Parlimen Belia Malaysia yang bertujuan menghimpunkan pelabagai organisasi dalam membentuk ‘Gabungan Longgar’ (‘Loose Coalation) bagi terus mengupayakan rakyat yang terjejas dengan menyediakan sokongan bakul makanan, sokongan pendidikan, sokongan kesihatan emosi dan menyediakan medium untuk pelbagai pihak berkongsi sokongan kepada masyarakat.

Solusi Bersama

#RelawanUntukMalaysia akan menghubungkan penggerak-pengerak komuniti setempat, organisasi belia setempat, pertubuhan-pertubuhan dan industri swasta yang bersama-sama dalam menjayakan usaha membantu dan menyokong rakyat yang terkesan akibat pandemic COVID-19.

Kebolehsampaian dan aksessibiliti dari segi maklumat dan perkongsian kepakaran serta kemahiran rentas organisasi ini membolehkan lebih banyak sumber sokongan dan bantuan dapat dikongsi dan disalurkan kepad pelbagai pihak terkesan.

Bagaimana untuk sertai?

#RelawanUntukMalaysia adalah platform untuk semua penggerak masyarakat diluar sana, kongsikan maklumat dan inisiatif anda ataupun organisasi anda dalam memberikan khidmat sokongan kepada rakyat. Untuk sertai inisiatif ini hubungi talian 010 – 785 8100 dan gunakan logo #RelawanUntukMalaysia dalam memberikan kesedaran gelombang sokongan kepada rakyat Malaysia.

Perlancaran Relawan Untuk Malaysia

#RelawanUntukMalaysia akan dilancarkan pada 7 Julai 2021 (7/7/2021) serentak dengan beberapa siri mobilisasi bantuan oleh rakan-rakan sinergi Relawan Untuk Malaysia.

Pelbagai organisasi dan pergerakan dijemput untuk sama-sama mengadakan mobilisasi bantuan di lokaliti masing-masing pada tarikh tersebut.

Hubungi talian hotline :

http://wasap.my/60107858100/RelawanUntukMalaysiaInfo

untuk mendaftar dan berkongsi inisiatif organisasi anda.

Ayuh kita sama-sama sebarkan gelombang ini.

Link FB Pages : https://www.facebook.com/Relawan-Untuk-Malaysia-104702618544257/

Link Telegram untuk perkembangan kini : https://t.me/joinchat/Isn2MeJjM9ExN2Y1

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »