KUALA LUMPUR 12 Jun – Relawan Majlis Belia Malaysia (RM), Centre of Living Independently Program and Services dan NGOhub menggerakkan Bantuan Mobilisasi Syawal. Bantuan pek makanan kering berjumlah RM1,600.00 diserahkan kepada Persatuan Kebajikan SVM dan Persatuan Penduduk PPR Sg. Bonus.
Agihan ini mendapat sokongan dan kerjasama NGOhub dalam usaha menyantuni organisasi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terjejas akibat pandemik COVID19.
Turut hadir Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco MBM merangkap Pegawai Latihan & Sumber Manusia Centre of Independently Living Program & Services (CLIPS). Relawan MBM membuka ruang kerjasama dengan pelbagai pihak dan agensi dalam menyalurkan khidmat mobilisasi dan sokongan untuk komuniti di negara.