Dalam Talian | 22 Jun – Telah berlangsung Sesi Koordinisasi Mobilisasi NGO – Relawan Majlis Belia Malaysia untuk Bantuan Pandemik. Inisiatif ini menghimpunkan lebih 20 Badan Bukan Kerajaan untuk bersama-sama mengangkat Agenda Relawan Malaysia, sebuah “Gabungan Longgar” (Loose Coalition) bagi terus mengupayakan masyarakat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.Pelbagai isu dibincangkan seperti ketidakseragaman SOP dalam agihan mobilisasi bantuan, halangan dan cabaran yang dihadapi oleh rakan-rakan NGO serta cadangan penambahbaikan yang disalurkan oleh rakan-rakan NGO untuk pimpinan MBM nyatakan dan suarakan kepada pelbagai pihak.Perbincangan bersetuju menubuhkan inisiatif RELAWAN UNTUK MALAYSIA dan satu jawatankuasa kerja (taskforce) telah dibentuk bagi menyelaraskan agenda yang telah ditetapkan.
Pimpinan MBM diketuai oleh Sdra. Jufitri Joha Presiden MBM, Sdra. Sherhan Nizam Naib Presiden MBM, Sdra. Faiz Shuhami Exco MBM dan Sdra Hanapi Jamaludin, Felo Penyelidik MBM.
Sesi perbincangan tersebut telah diadakan bersama Yayasan Raja Muda Selangor – YRMS, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK),Yayasan Ammirul Ummah (YAU), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Briged Sukarelawan Kebangsaan Negara, WAMY MALAYSIA, Malaysia Outreach Volunteers Experience (MOVE), Global Peace Mission (GPM) Malaysia (GPM), Malaysia Humanitarian Movement (MHM), Persatuan Belia Dinamik Barat (PBDB), Pertubuhan Pertolongan Cemas Malaysia (MyFAST), Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (INSAN CARE),Malaysia Gold Award Association (MAGAA), MyCORP Malaysia, ADAB Youth Garage – AYG (AYG), SEDULUR Team, Alumni Rakan Muda, Alumni Parlimen Belia Malaysia , SCOPURS Malaysia, NENO Malaysia.

