MAJLIS BELIA MALAYSIA

Realisasi Bajet 2016 Untuk Belia : Bersama Kementerian Belia Dan Sukan

Putrajaya 16 November 2015 – Pada 23 Oktober yang lepas, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan bajet 2016. Melalui pembentangan ini, dilihat peruntukan yang disediakan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ialah lebih kurang RM 930 juta tetapi di dalam peruntukan tersebut telah dinyatakan lebih kurang RM 330 juta diperuntukan kepada institut kemahiran belia (IKBN dan IKTBN) dan pembangunan belia dalam kegiatan ekonomi dan keusahawanan. Disamping itu juga, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sejumlah RM 160 juta disediakan untuk NGO-NGO bagi melaksanakan program berasaskan pembangunan komuniti, perpaduan, kebajikan masyarakat, kesihatan dan keselamatan.

 

Sehubungan dengan itu Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan sebuah program berbentuk diskusi meja bulat yang diberi nama “Youth Ideas: Round Table Discussion” yang bertajuk Realisasi Bajet 2016 Untuk Belia Bersama Kementerian Belia dan Sukan. Program ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 4, Kementerian Belia dan Sukan, Menara KBS, Putrajaya. KBS telah mewakilkan Saudara Mohd Izwan Izham iaitu Penolong Pengarah di bahagian Pembangunan Belia dan Saudara Ahmad Shauki Saad bagi membentangkan perancangan KBS dan menjawab segala persoalan yang diutarakan. Bagi persoalan yang tidak dapat dijawab akan dibalas secara bertulis bagi urusan semakan dan sebagainya. Dianggarkan seramai 30 orang penyertaan yang datang dari pelbagai agensi dan persatuan belia yang hadir. Tujuan program ini diadakan adalah sebagai platform kepada pertubuhan belia, aktivis belia dan persatuan belia tunggal untuk bertanya secara terus kepada pegawai KBS dalam merancang dan menyusun pelbagai program dan aktiviti di bawah peruntukan yang disediakan. Di bawah program pembangunan belia, KBS telah merancang 4 cawangan program utama di mana mengikut pecahan seperti berikut, iaitu pembangunan sosial sebanyak 1581 program, kepimpinan sahsiah sebanyak 205 program, antarabangsa sebanyak 21 program dan ekonomi sebanyak 88 program. Gabungan semua cawangan ini dijangka sebanyak 1895 program yang akan dijalankan. Turut dibincangkan berkenaan strategi pelan peralihan yang menjadi isu panas bagi semua persatuan dan institusi belia menjelang perlaksanaan dasar belia yang baru.

 

Program ini adalah di bawah kendalian Saudara Rizan Hassan merangkap Ketua Penerangan MBM dan dimeriahkan oleh Saudara Khairul Anwar Mansor sebagai pemula majlis merangkap Naib Presiden MBM. Turut hadir Saudara Ahmad Saparudin Yusuf, Setiausaha Agung MBM. Program ini telah diakhiri dengan sesi bergambar dengan semua peserta.

MBM_1628 MBM_1635 MBM_1646 MBM_1647 MBM_1654 MBM_1665

 

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »