MAJLIS BELIA MALAYSIA

Realisasi Bajet 2016: Pembangunan Belia Merentasi Kementerian, Agensi dan Jabatan

Cheras, 19 November 2015 – Majlis Belia Malaysia (MBM) berpendapat tidak hanya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sahaja yang memberi peluang dan manfaat kepada golongan belia dari segi pembangunan belia akan tetapi kementerian lain juga ada menyediakan skim dan kemudahan yang dapat dimanfaatkan kepada golongan belia khususnya dalam membantu mereka dari segi bantuan kewangan dalam menjadi usahawan dan kursus kemahiran dalam bidang yang khusus yang melibatkan kementerian tertentu.

Sempena pengumuman bajet 2016 yang telah diumumkan pada 23 Oktober yang lepas, MBM merasakan bahawa ada peluang dan kemudahan untuk golongan belia di kementerian lain yang boleh dimanfaatkan. Sehubungan itu, MBM telah menganjurkan program “Youth Ideas: Round Table Discussion” yang bertajuk Realisasi Bajet 2016: Pembangunan Belia Merentasi Kementerian, Agensi dan Jabatan. Program ini telah dijalankan di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur dengan menjemput 12 kementerian yang dikenalpasti dapat memberikan peluang dan kemudahan kepada golongan belia khususnya, tetapi hanya 4 kementerian sahaja yang hadir antaranya adalah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Kesemua kementerian yang hadir ini telah membentangkan program-program yang mana dapat disertai oleh golongan belia khususnya dalam membantu mereka dari pelbagai bidang seperti pembinaan, inovasi, keusahawanan dan lain-lain. Presiden MBM, Tuan Haji Mua’ammar Ghaddafi Jamal Jamaluddin selaku pembuka dan pengenalan berkaitan MBM kepada yang hadir dan Ketua Penerangan MBM, Saudara Rizan Hassan merangkap moderator pada sesi pembentangan oleh wakil dari pihak kementerian yang hadir. Program ini diakhir dengan acara bergambar diantara peserta yang hadir dan wakil kementerian.

MBM_1700 MBM_1710 MBM_1712 MBM_1731 MBM_1733 MBM_1787 MBM_1792 MBM_1796

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »