MAJLIS BELIA MALAYSIA

Reach Out MBD & Community platform ajak anak muda sertai persatuan belia

KUALA NERUS 14 Sep – Reach Out MBD & Community Zon Timur (Terengganu) telah diadakan di Kompleks Pentadbiran Bandar Wathiqu Billah, Kuala Nerus di sini.

Uniknya Reach Out ini apabila dilaksanakan bersama dengan program Kembara Jumpa Orang Muda (K-JOM) yang merupakan siri kemuncak K-JOM melibatkan kehadiran YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Pada sebelah pagi telah diadakan sesi sarapan pagi dan ramah mesra Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan kepimpinan Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, YB Hishamuddin Abdul Karim.

Antara pengisian KJOM ialah sesi libat urus Pelan Transisi Kepimpinan Belia, taklimat ROY, aktiviti Rakan Muda seperti skateboarding, penalti 3 on 3, jualan kopi dan merchandise, pameran reruai oleh jabatan dan agensi kerajaan, pameran MBM dan lain-lain.

Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid dan Presiden MBNT, Sdr. Anas Azizul telah menyampaikan perkongsian dan promosi bagi mengajak anak muda menyertai persatuan belia.

Di reruai MBM turut diadakan sesi tayangan Dokumentari MBM.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Dr. Zainah Shariff, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Encik Asmadi Mohamad dan kepimpinan MBNT di semua peringkat.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »