DUNGUN 14 Sep – Reach Out MBD & Community Zon Timur Terengganu singgah ke lokasi berikutnya iaitu di The Piumeno & Tukang Kopi. Uniknya lokasi kali ini ialah sebuah rumah yang telah diubahsuai menjadi kedai kopi artisan.
Tuan rumah kepada program ini ialah Majlis Belia Daerah (MBD) Dungun yang mengatur perjalanan acara.
Sambutan sangat meriah walaupun cuaca hujan di lokasi. Konvoi MBM yang tiba disambut dengan persembahan seni silat gayong diterajui anak-anak muda setempat.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid semasa menyampaikan ucapan perasmian berkongsi mengenai MBM selain mengajak serta mempromosikan kelebihan menyertai persatuan belia.
Tahniah diucapkan kepada Sdr. Hazreen Safwan Mohd Yusof, Pengerusi MBD Dungun yang telah melaksanakan program ini dengan jayanya.
Antara pengisian program seperti persembahan seni silat, ramah mesra Presiden MBM bersama belia akar umbi, cabutan bertuah dan lain-lain.
Istimewa juga ia dihadiri YB Senator Hasbie Muda, Sdr. Al-Hafizi Abu Bakar, Presiden MAYC Kebangsaan dan Sdr. Anas Hazizul Muhamad, Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT).
Turut hadir Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Mohd Izham Ahmad, Bendahari Kehormat MBM dan barisan kepimpinan dan mantan kepimpinan MBD Dungun.