PASIR GUDANG 18 Okt – Delegasi Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai oleh Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abd Hamid telah hadir ke sesi Reach Out MB & Community bersama belia-belia Johor Bahru yang telah diadakan di Lepak Corner, Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor.
Turut hadir sama Sdr. Mohd Izham Ahmad, Bendahari Kehormat MBM, Exco MBM, Sdr. Mohd Nor Syawaludin Abd Malik, Sdr. Mohammad Alif Dato A Rahim, Presiden Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ), Setiausaha Agung MBNJ, Sdr. Mohd Mustaqim Hasan, Sdr. Muhammad Farid Mohd Firuz dan Encik Abdul Isa Abdul Rasah.
Antara pengisian program di sini seperti serahan sumbangan barangan keperluan asas dan peralatan sukan kepada Pusat Kebajikan Darul Hannan Pasir Gudang, sesi Sembang Tak Kosong bersama Presiden MBM yang mana Sdr. Saufi Adli Adam, Naib Presiden Remaja MBN Johor sebagai moderator.
Program ini menampilkan penglibatan belia dan masyarakat dari seluruh negara bertujuan memperkasakan komuniti melalui pelbagai aktiviti di bawah Rakan Muda khususnya dalam segmen Rakan Ekspresi.
Penganjuran program ini merupakan sokongan dan kerjasama daripada KBSMalaysia, Chery Malaysia dan Projek Belia Mahir.