MAJLIS BELIA MALAYSIA

RAYUAN BANTUAN KECEMASAN GEMPA BUMI NEPAL

HEBAHAN/KONGSI INFO
Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Malaysia

wpid-img-20150427-wa0100.jpg

Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter yang menggegarkan Nepal bukan sahaja mengorbankan lebih 1,000 orang tetapi juga hampir memusnahkan beberapa bangunan berusia berabad di ibu negara Kathmandu dan kawasan sekitarnya.

Majlis Belia Malaysia (MBM) beserta badan-badan gabungannya yang menjulang semangat kesukarelaan dan kemanusiaan melahirkan rasa terkejut dan sedih di atas tragedi ini.

Harapan dan doa seluruh belia di Malaysia sentiasa bersama ahli keluarga dan rakan-rakan belia yang terlibat dalam gempa bumi itu.

Oleh yang demikian itu, MBM melancarkan RAYUAN BANTUAN KECEMASAN GEMPA BUMI NEPAL menerusi Tabung Kemanusiaan Majlis Belia Malaysia untuk membantu meringankan beban dan sengsara rakyat Nepal.

Orang ramai khususnya golongan belia boleh menyalurkan sumbangan tunai atau cek kepada:

Nama Akaun: TABUNG KEMANUSIAAN MAJLIS BELIA MALAYSIA
No. Akaun: 5640 2540 3782
Akaun Bank: Maybank

Semoga sekecil-kecil sumbangan anda semua di berkati Tuhan.

Bersabarlah Nepal. Berdoalah Untuk Nepal.

PENERANGAN MBM
Tel: 013-7733676
27 April 2015

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »