MAJLIS BELIA MALAYSIA

RANDEX 2023 perkemas dan perkukuh mekanisme misi bantuan kemanusiaan

PUTRAJAYA 22 Sep – Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesukarelaan dan Belia Mahir, Sdr. Ibnu Rasyeed Mat Isa telah menghadiri Program Humanitarian In Operations Training dan Rakan NADMA Disaster Emergency Simulation Exercise (RANDEX) 2023 bertempat di Glow Glamping Wetland.

Majlis penutup disempurnakan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas.

RANDEX merupakan inisiatif Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui platform Rakan NADMA dan Yayasan TM melibatkan 111 peserta daripada 52 organisasi terdiri daripada NGO, Institusi Pengajian Tinggi, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Badan Korporat.

Program ini bertujuan memperkemas dan memperkukuh aspek dasar serta mekanisme misi kemanusiaan bagi menyokong keterlibatan masyarakat sivil termasuk NGO dan sukarelawan dalam pengurusan bencana.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »