MAJLIS BELIA MALAYSIA

Ramah mesra MBM bersama pelajar-pelajar Malaysia di Moscow

MOSCOW, 10 Mac – “MBM membuka peluang kepada pelajar-pelajar Malaysia di Moscow menjadi wakil MBM di sini untuk terlibat secara aktif dalam program-program yang memerlukan penglibatan belia Malaysia seperti Kazan Youth Summit, pertukaran belia, program diplomatik dan sebagainya”.

“Lebih dari itu, peluang ini juga menjadi platform kepada anda melatih kepimpinan, menimba pengalaman selain membina jaringan”.

Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata demikian ketika sesi ramah mesra MBM bersama pelajar-pelajar Malaysia di Moscow.

Kepimpinan MBM juga mengambil kesempatan ini untuk berkongsi nasihat dan pengalaman bersama adik-adik ini dalam pergerakan belia.

Pertemuan ini diselaraskan bersama Malaysia-Moscow Aviation Students Organizations (MMASO).

Hadir sama Presiden MMASO, Mohd Akil Ibrahim; Naib Presiden MBM, Sdr. Khairul Azman Azeez; Bendahari Kehormat MBM, Sdr. Mohd Izham Ahmad; Penolong Setiausaha Agung MBM, Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali; Penolong Bendahari Kehormat MBM, Sdr. Iqmal Mahadi dan Presiden MIYC Kebangsaan, Sdr. Dhanesh Basil.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »