MAJLIS BELIA MALAYSIA

Rakan Muda kini diperkasakan semula

BANGI 25 Jun – Rakan Muda diperkasa semula dengan penampilan wajah baharu melalui pelancarannya yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

YAB Perdana Menteri dalam ucapannya meletakkan harapan tinggi kepada golongan belia dari pelbagai kaum dan agama untuk terus memupuk nilai-nilai yang luhur sebagai usaha dan upaya memacu negara kita ke tahap lebih baik di masa hadapan.

Inisiatif ini adalah usaha Kementerian Belia dan Sukan untuk menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti pembangunan diri yang berkualiti dan platform membina perpaduan.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid dan pimpinan belia turut hadir ke majlis ini.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan; YB Adam Adli Abd Halim; Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amiruddin Shari dan Mantan Menteri Belia dan Sukan yang juga pengasas Rakan Muda, Tan Sri Dato’ Abdul Ghani Othman.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »