KUALA LUMPUR 21 Nov – Telah berlangsung sesi rakaman video dokumentari Jubli Intan Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, mantan Menteri Belia dan Sukan ke-16 bertempat di Menara Felda di sini.
Beliau yang juga Pengerusi FELDA berkongsi cerita dan pengalaman semasa menerajui KBSMalaysia dan hubungannya dengan pergerakan belia ketika itu di samping kejayaan terbesar menganjurkan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya.
Hadir sama Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin, Penolong Ketua Penerangan MBM.
Terima kasih Dato’ Sri atas kelapangan masa.