MAJLIS BELIA MALAYSIA

Rakaman video dokumentari Jubli Intan MBM bersama Dr. Khir Toyo

SHAH ALAM 26 Dis – Sesi rakaman temu ramah bersama Dato Seri Dr. Mohamad Khir Toyo bagi rakaman video dokumentari Jubli Intan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah berlangsung di Shah Alam hari ini.

Beliau merupakan mantan Presiden MBM berkongsi pengalaman ketika menerajui MBM selama dua penggal dari tahun 2002-2006.

Antara impak besar sumbangan beliau di era itu ialah memperkenalkan imej baru MBM, menganjurkan program keamanan terbesar, peranan aktif MBM di peringkat antarabangsa, misi kemanusiaan dalam dan luar negara, program menyantuni rakyat dan banyak lagi.

MBM harus kekal sebagai platform ‘learning process’.

“Belia buat salah itu biasa, kerana dari situlah proses belajar itu berlaku”, ujar beliau.

Dalam kesempatan ini juga banyak iktibar kehidupan yang dikongsikan.

Penolong Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin hadir sama menyaksikan temu ramah ini dan menyampaikan cenderahati.

Terima kasih Dato Seri Dr!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »