KUALA LUMPUR 5 Feb – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid hari ini memenuhi jadual temu ramah rakaman video dokumentari Jubli Intan 75 Tahun MBM di Wisma MBM di sini.
Beliau mengupas mengenai cabaran semasa dan hala tuju MBM untuk memastikan badan belia ini kekal relevan untuk masyarakat dan negara.
Sesi rakaman telah dijalankan bersama Sdr. Syazmin Asyraf dari Orlaith Inc.
Saksikan video dokumentari khas sempena Sambutan Jubli Intan MBM tidak lama lagi.