MAJLIS BELIA MALAYSIA

Rakaman Majlis Bicara Penghayatan Rukun Negara

KUALA LUMPUR 2 Disember – Sesi rakaman Majlis Bicara Penghayatan Rukun Negara telah diadakan di kediaman rasmi bekas Perdana Menteri ke-2, Allahyarham Tun Razak Hussein.

Rakaman ini merupakan sebahagian pengisian sambutan Program Majlis Polimik Sejarah Malaysia kali ke-45 anjuran Arkib Negara Malaysia.

Antara panel terlibat ialah Ketua Penerangan Majlis Belia Daerah Klang merangkap Felo Penyelidikan MBM, Sdr. Sivanesan Tamil Selvam, Pegawai Latihan Institut Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) Kementerian Belia dan Sukan, Encik Muhamad Shaifulbakri Yusoof dan Penguasa Negeri St John Ambulans Malaysia, Sdr. Ng Chee Kai. Sesi ini dipengerusikan oleh Dr. Syafiqah Abdul Rahim, Penyelidik MBM.

Hadir sama menyaksikan rakaman ini Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »