KUALA LUMPUR 29 Nov – Team produksi dokumentari Jubli Intan Majlis Belia Malaysia (MBM) berkesempatan mengadakan sesi rakaman bersama YB Dato’ Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, mantan Presiden MBM ke-19 hari ini di bangunan Parlimen.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri berkongsi pengalaman semasa memimpin MBM dari tahun 2006-2010.
“MBM bukan organisasi sosial seperti kebanyakan badan-badan belia di luar negara yang hanya sekadar melaksanakan aktiviti sosial tetapi lebih dari itu MBM ialah sebuah institusi besar yang melahirkan pemimpin dan rakan kepada kerajaan”.
“Selaras dengan pelaksanaan Akta A1602 berhubung had umur belia nanti, saya berharap pertubuhan belia perlu membuktikan bahawa usia bukan halangan malah pertubuhan belia khususnya MBM perlu menjadi organisasi yang benar-benar berpengaruh dan lebih terkehadapan dalam menjuarai isu rakyat dan anak muda”, ujarnya.