KUALA LUMPUR 2 Nov – Telah berlangsung rakaman diskusi “Dialog Anak Muda” Astro AWANI bertempat di Wisma MBM di sini.
Dengan topik “Senate18 – Turunkan had umur Senator wajar atau tidak?”, edisi ini menampilkan pemimpin muda bagi membahaskan isu ini bersama Pengantara Fauzi Zin.
Barisan panelis terlibat ; Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin, Penolong Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia; Sdr. Tharma Pillai, Pengasas Bersama UNDI18; Sdr. Asraf Sharafi Mohammad Azhar, Pengurus Kanan Program BERSIH; Sdr. Abraham Ngam Lee Liang, Exco Persatuan Alumni Felo Perdana (PFAA) dan Sdri. Esther Ezhil Nanggai, Pengerusi Angkatan Belia MFLS Negeri Sembilan.
Nantikan tayangan penuh diskusi tidak lama lagi.